Mayat Lelaki Ditemui Dalam Parit Di Perlis


KANGAR - Mayat seorang lelaki berusia sekitar 30-an ditemui di dalam parit berhampiran Jalan Kangar-Alor Setar di sini, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata,  penemuan mayat yang masih tidak dapat dikenalpasti identiti itu hasil maklumat orang awam.

"Polis terpaksa meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis untuk mengeluarkan mayat itu kerana parit yang agak dalam.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian sebenar lelaki berkenaan.

"Mayat telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Wari berkata, tiada kesan luka ditemui pada anggota badan mayat itu. 

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com