Masjid Al-Hana Langkawi Rancang Ceburi Bidang Perhotelan


LANGKAWI - Lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke Masjid Al Hana, Kuah Pulau Langkawi baru-baru ini cukup menggembirakan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Ini kerana tidak ada Menteri Besar sebelumnya melawat dua kali berturut-turut dalam masa yang singkat ke masjid yang menjadi mercu tanda bagi  pelancong di pintu masuk ke pulau 'sumpahan Mahsuri' itu

Perkara kedua, lawatan Ahmad Bashah itu juga mendorong pihak masjid bergerak kepada bidang perniagaan dengan rancangan membina motel atau hotel bertaraf empat bintang bagi menambah pendapatan masjid.

Imam masjid berkenaan, Mohd Nordin Osman memberitahu dalam porgram jelajah maufakat itu, Menteri Besar telah menyampaikan bantuan RM100,000 kepada masjid berkenaan serta merasmikan  rumah kedai serbaguna di masjid berkenaan Ahad lepas.

Rumah kedai itu akan memberi peluang kepada anak kariah untuk menjalankan perniagaan.

Kata Mohd Nordin, Menteri Besar meminta pihak masjid, selain terus mengimarah masjid dan membantu anak kariah, institusi majid juga perlu memikirkan tentang perniagaan seperti pembinaan motel atau hotel sejajar dengan kedudukan Langkawi yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Nordin yang juga pengerusi jawatankuasa maasjid berkenaan secara peribadi terharu dengan kehadiran Ahmad Bashah itu dan beliau  begitu ambil berat tentang kehendak masjid berkenaan.

Menteri Besar juga akan menyokong usaha baik yang hendak dilaksanakan oleh Masjid Al Hana dan meminta pihak masjid berunding dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi merancang pembinaan hotel dan projek lain. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com