Marcote Masih Berahsia Kelibat Tiga Pemain Importnya


JOHOR BAHRU - Pengendali Kedah, Ramon Marcote tampak masih berahsia dengan kedudukan tiga pemain importnya sama ada diturunkan atau sebaliknya apabila berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassn Yunos, Larkin, malam ini.

Sebelum ini, skuad Helang Merah berdepan masalah untuk menurunkan Pablo Pallares,Álvaro Silva dan Sandro Da Silva yang dibelenggu kecederaan dan hanya menjalani latihan ringan.

"Hari perlawanan baru saya tahu sama ada mereka boleh beraksi atau tidak. Apa pun saya berharap mereka boleh diturunkan kerana ia perlawanan penting buat kami dan kehadiran mereka mampu menambah kekuatan buat Kedah.

"Saya tidak boleh dedahkan siapa yang boleh beraksi kerana mahu pasti pemain itu bersedia untuk diturunkan. Tunggu sahaja esok sama ada pemain itu disenaraikan atau tidak," katanya pada sidang media pra perlawanan Piala sumbagsih di Larkin, di sini semalam.

Mengulas mengenai pertembungan menentang JDT, Marcote berkata, persiapan berjalan lancar dan cuba sebaik mungkin untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenangi pada musim lalu.

Katanya, perlawanan menentang JDT yang menjadi pasukan ternama di Malaysia sememangnya sukar namun dalam bola sepak jika perancangan yang dibuat tatkala pemain mengikut taktikal yang dibentuk kemungkinan kemenangan memihak Kedah.

Namun beliau menambah, apa yang lebih menggusarkan adalah persembahan anak didiknya apabila berdepan skuad Harimau Selatan kerana jika mereka hilang fokus dalam perlawanan itu agak sukar untuk mencipta kemenangan.

"Esok kita kena beraksi seperti yang pernah kami beraksi dan jika pemain mampu bermain dengan falsafah yang diterapkan, tidak mustahil kami mampu membawa pulang tiga mata dan juga mempertahankan piala berkenaan.

"Falsafah cara Kedah beraksi dibentuk sejak 2015 dan diteruskan sehingga kini dan ia bukan falsafah permainan yang saya bentuk, mereka sudah biasa dengan corak permainan itu dan jika pemain mengikut cara itu tidak mustahil untuk menang menentang Kedah," katanya.

Sumber:BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com