Malaysia, Ukraine Bakal Jalin Kerjasama Bola Sepak


JOHOR BAHRU – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima mengadap Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo semalam.

Laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melaporkan, pertemuan itu bagi membincangkan jalinan kerjasama bola sepak antara Ukraine dan Malaysia.

“Turut dibincangkan adalah mengadakan perlawanan persahabatan kelas A antara pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan kebangsaan Ukraine,” kata laman Facebook itu semalam.

Menurut laman Facebook rasmi JDT, pasukan kebangsaan Ukraine kini di bawah bimbingan lagenda bola sepak Ukraine, Andriy Shevchenkoz.

“Ia sebagai pendedahan kepada pasukan kebangsaan dan juga dapat membantu menaikkan kedudukan pasukan kebangsaan di dalam ranking FIFA,” kata laman Facebook tersebut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com