Mahfuz Dinasihat Tutup Mulut Jika Tak Tahu Sebab Istana Tarik Anugerah Mahathir


"Berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata dalam hal yang kita tidak tahu sepenuhnya," nasihat penganalisis politik, Prof Dr Nasrudin Mohammed kepada ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz baru-baru ini mempertikaikan penarikan balik darjah kebesaran Sultan Kelantan daripada Tun Dr.Mahathir Mohamad dan dua pemimpin Parti Amanah Negara (PAN). 

Mahfuz yang meninggalkan PAS akhir tahun lepas dinasihat mengambil pendekatan berdiam diri daripada membuat kenyataan melulu yang boleh memakan diri.

Bekas pemimpin Naib Presiden PAS Pusat dan negeri Kedah baru-baru ini  mendakwa penarikan semula darjah kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini menyatakan anugerah berkenaan seperti 'tidak lagi bernilai di mata rakyat'.

Dua pemimpin PAN yang ditarik balik anugerah oleh Istana Kelatan ialah Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN negeri, Wan Abd Rahim Wan Abdullah. 

Nasirudin yang juga Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM menegaskan  istana mempunyai hak mutlak untuk menarik balik pada bila-bila masa pengiktirafan yang telah diberikan kepada mana-mana individu, kerana percaya institusi tersebut mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

 "Kata-kata Datuk Mahfuz itu mungkin boleh dianggap sebagai tindak-balas segera kepada apa yang berlaku. Namun sesiapa pun tidak sepatutnya mempertikaikan kerana kita tidak tahu kenapa pengiktirafan itu ditarik balik,kata seperti yang dilaporkan oleh Antarapos, semalam.   

 Sebelum ini, Mahfuz menyamakan Dr Mahathir yang berusia 93 tahun dipilih sebagai calon Perdana Menteri oleh PH dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.

 Mahfuz kemudiannya memohon meminta maaf kepada Sultan Pahang selepas aduan polis dibuat oleh orang ramai terutama rakyat Pahang berikutan kenyataan beliau yang dianggap menghina intisui kesutanan negeri berkenaan. 

Tahun lepas Dr. Mahathir mengembalikan balik  darjah dan anugerah kepada Istana Selangor.- 
Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com