Mahathir Yakin Kerusi Parlimen Langkawi Dalam Genggamannya?


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerusi Parlimen Langkawi berada dalam genggaman beliau dan akan menang mudah jika bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Keyakinan itu diterjemahkan melalui cabaran beliau terhadap Menteri Beliau dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang baru-baru ini bertandang ke pulau lagenda itu.

"Suruh dia bertanding dengan saya di Langkawi," katanya hari ini, mencabar Khairy bertanding.

Khairy semalam ketika di Langkawi mengakui tentang jasa Mahathir membangunkan pulau pelancongan itu, namun menjelaskan bahawa pembangunan tersebut adalah disebabkan Barisan Nasional (BN) dan bukan individu.

Mahathir sebelum ini dijangka menang mudah sekiranya bertanding di Langkawi ekoran beliau dikatakan menguasai sebahagian besar pembangunan pulau tersebut melalui syarikat-syarikat kroni yang menguasai ekonomi pelancongan di situ.

Ketika menjadi Perdana Menteri, desas-desus menggambarkan melalui GLC tertentu, Mahathir menganugerahkan banyak tanah strategik pelancongan di pulau tersebut untuk beberapa syarikat yang dikatakan menjadi kroninya.

Meskipun tindakan Mahathir itu tidak senangi penduduk tempatan ketika itu, namun mereka dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa dengan insiden 'pengambilan tanah' dan terpaksa berpindah ke lokasi kurang strategik di tengah pulau.

Memberi alasan pembangunan tersebut memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Langkawi, ramai pengkritiknya ketika itu mendakwa anak tempatan hanya 'makan kuah' sedangkan nikmat kekayaannya menjadi milik orang luar kenalan baik Mahathir.

Namun begitu, tidak ramai yang berani membantah beliau ketika itu ekoran kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang terkenal dengan jolokan "kuku besi". - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com