Mahathir Minta Penyokong 'Singkirkan Kesetiaan' Kepada DAP, PKR dan PAN?


Setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat kerusi Parlimen paling banyak (52 kerusi) dan pemimpinnya dicalon sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh pula meminta penyokong jangan terlalu setia kepada parti masing-masing.

Sebaliknya Dr. Mahathir mahu mereka menyokong siapa juga calon yang mewakili  Pakatan Harapan.

(Untuk rekod, Pakatan Harapan belum lagi didaftarkan kerana menunggu kesahihan mesyuarat agung PPBM yang sedang disiasat oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS) berikutan banyak aduan terhadap parti  pimpinan Dr. Mahathir itu.)

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata: 'Kalau kita terlalu setia sangat dengan parti kita, kita tak akan menang. Kita kena ke belakang sikit dan utamakan Pakatan Harapan, mesti kemenangan akan berpihak kepada kita."

Beliau memberikan pesanan penting itu ketika berucap di hadapan 2,000 penyokong di Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang 2018 kelmarin. Hadir pemimpin utama DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Dr. Mahathir berkata demikian dipercayai  merujuk tentang perebutan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Harapan yang kini dilihat semakin meruncing dan boleh memecahkan pakatan itu menjelang PRU14.

"Apa yang saya cakap malam ini, amat penting. Kita kena campur-campur semua. Tak boleh sini biru, sini merah, lagi satu (tempat) oren. Jika kita boleh bersatu, Putrajaya milik kita dan kita akan jadi kerajaan, kata Dr. Mahathir yang dipetik daripada Sinar Harian.

Bekas Perdana Menteri 22 tahun yang kini berusia 93tahun itu menyuarakan kebimbangan  pembangkang akan terus membangkang di negara ini sekiranya kesetiaan terhadap parti masing-masing tidak pudar.

Beliau kini sedar bukan mudah untuk menubuhkan satu gabungan parti-parti politik kerana masing-masing memiliki kesetiaan terhadap parti mereka.

"Apa guna mendapat kawasan tetapi kalah? Kalah dengan tak dapat kawasan, kalah lebih dahsyat dari tak dapat jadi calon," kata Mahathir.

Jika  Pakatan gagal menguasai Putrajaya, Dr. Mahathir bolehlah melupakan terus hasratnya menerajui menerajui  pentadbiran negara, sekaligus memusnahkan harapan untuk melihat anaknya Datuk Seri Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir tidak ada pilihan lagi selain mengarahkan semua penyokong DAP, PKR, PAN dan PPBM melupakan parti masing-masing seketika, sebaliknya menyokong satu calon PH sahaja.
demi mencapai matlamat peribadinya. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com