Lelaki Tembak Kepala Sendiri Depan Kekasih Menerusi Video Call


Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, Akash Kumar telah membunuh diri ketika sedang bersembang dengan kekasihnya menerusi video call di aplikasi Whatsapp dengan menambak diri sendiri di kepala.

Akash menggunakan senjata separuh automatik di kediamannya di Saichak, yang terletak di kawasan balai polis Beur, India.

Kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi apabila Akash berada sendirian di rumahnya. Sementara gadis itu pula menetap di Mahavir, juga di kawasan sama.

Akash sebelum ini telah gagal dalam peperiksaan sekolah dan dikaitkan dengan geng motosikal di Patna.

“Gadis itu memberitahu bahawa Akash memegang pistol ketika sedang bersembang menerusi video chat di Whatsapp. Dia memintanya membuang pistol berkenaan.

“Bapa Akash juga dikatakan mendesak anaknya berkahwin namun dia menentang hubungan antara Akash dengan kekasihnya kerana bapa gadis itu mempunyai rekod jenayah,” kata polis.

Bapa Akash, iaitu Sanjay Kumar Rai, telah beberapa kali memaki anaknya itu dan ini menyebabkan remaja itu sangat kecewa. Manakala ibu bapa gadis itu juga turut memarahi gadis itu susulan hubungan terlarang tersebut.

Akash juga pernah memberitahu gadis itu bahawa dia pernah mengancam untuk membunuh diri namun tidak dipedulikan oleh keluarganya.

“Akash telah meminta untuk bertemu dengan gadis itu untuk kali terakhir,” kata saksi.

Dengan meletakkan telefon bimbitnya di kaki, Akash telah menembak dirinya ketika dia bersandar di katil. Gadis itu cuba menghubungi sepupu Akash iaitu Chandan Kumar yang masuk ke dalam rumah berkenaan pada pukul 5 pagi.

Bagaimanapun bapa Akash membuat laporan kepada polis bahawa anaknya dibunuh, iaitu sesuatu yang agak mustahil kerana pintu dikunci dari dalam.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com