Lelaki Hidup Di Laut Selama 133 Hari Dengan Hanya Minum Darah Jerung


Pernahkan terbayang di fikiran anda  berada di tengah laut sendirian selama berbulan-bulan?

Sesiapa pun akan menjadi gila jika mereka melakukannya.

Begitulah yang dialami lelaki dari China Ini.

Dilaporkan oleh dari halaman en.goodtimes.my, semasa Perang Dunia Kedua, seorang lelaki Cina bernama Poon Lim dan 52 yang lain berada di sebuah kapal yang dimiliki oleh sebuah syarikat British yang dipanggil SS Ben Lomond.


Kapal itu belayar dari Cape Town, Afrika Selatan ke Surinam.

Malangnya kehadiran mereka telah dikesan kira-kira 750 batu di timur Amazon.

Dalam dua minit, dua torpedo dilancarkan untuk menghancurkan kapal yang dinaiki Lim.

Dalam sekelip mata kapal mula tenggelam.

Ketika kapal itu tenggelam, Lim dengan cepat meraih jaket keselamatannya dan melompat ke dalam laut.

Sekiranya Lim tidak berbuat demikian, dia mungkin cedera dan terbakar dalam letupan yang berlaku di atas kapal.


Dia bernasib baik kerana berjaya mencari rakit selebar 8 kaki dan naik ke atasnya.

Rakit itu mengandungi beberapa potong coklat, biskut, makanan dalam tin, gula, lampu, dua kotak rokok, api, tali dan 40 liter air.

Disebabkan itulah, Lim berjaya bertahan hidup di tengah lautan.

Malangnya, kerana tiada bantuan datang, makanan mula habis.

Tidak mahu mati di tengah laut, Lim mula menyesuaikan diri.

Dia memancing dan mengumpukan air hujan dengan kain kanvas dari jaket keselamatan.

Kerana tak boleh berenang, Lim memutuskan untuk mengikat kaki di pinggangnya dan menghubungkannya dengan rakit.

Dia menggunakan dawai dari lampu suluh untuk menangkap ikan.

Setiap kali dia melihat jerung menghampiri rakitnya, Lim mengambil kesempatan untuk menangkapnya.

Dia menggunakan ikan kecil untuk memancing jerung.

Lim mengambil kira kekuatan yu dan memastikan dia menggunakan cangkuk tebal.


Ketika tidak ada hujan dalam jangka masa yang panjang, Lim terpaksa meminum darah yu yang dibunuhnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Kerana terlalu lama terdampar di laut, Lim menderita mabuk laut yang teruk, kulit terbakar, dan masalah psikologi, di mana dia tidak sedar  beberapa kapal yang melaluinya.

Walaupun kapal terbang pesawat Amerika Syarikat mendekati, dia tidak cuba untuk meminta pertolongan.

Ketekunan dan kemahuan untuk bertahan hidup menjadikam Lim inspirasi bagi semua, termasuk tokoh-tokoh terkenal

Lim mengira bilangan hari yang dihabiskan di laut dengan mengikat simpulan pada tali yang digunakan.

Tetapi dia kemudianny memutuskan untuk tidak lagi mengira dan hanya menghitung bulan purnama.

Apabila menyedari warna air telah berubah, dia tahu jika dirinya sudah dekat dengan tanah.

Pada 5 April 1943, Lim diselamatkan oleh tiga nelayan Brazil.

Dia telah menghabiskan 133 hari terdampar di atas rakit di tengah-tengah lautan.

Lim dibawa ke Belem tiga hari selepas nelayan menemuinya dan dimasukkan ke hospital selama empat minggu untuk pulih.

Sehingga kini  belum ada yang dapat mengalahkan rekod Lim yang menghabiskan hidup sendirian di tengah laut.

Sebelum meninggal dunia pada tahun 1991, Lim berkata, “Saya berharap tidak ada yang akan memecahkan rekod yang saya buat”.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com