Lelaki Cuba Tetak Ibu, Abang Dengan Parang


MIRI: Seorang lelaki didakwa cuba menetak abang dan ibu kandungnya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Tiris, Sibuti, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai bawah pengaruh dadah.

Menurut sumber, ibu suspek berusia 60-an dikatakan baru pulang ke rumah bersama anak lelakinya berusia 41 tahun yang juga abang kepada suspek, dari pekan berhampiran.

Setiba di rumah, katanya, suspek didakwa tiba-tiba mengamuk dan terus cuba menetak ibu serta abangnya menggunakan parang.

"Abang suspek dikatakan berjaya menepis serta merampas parang daripada tangan suspek dan pergelutan berlaku.

"Bagaimanapun, abang suspek dan ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya

Katanya, suspek kemudian didakwa melarikan diri sebelum abangnya membuat laporan di Balai Polis Bekenu berhubung kejadian itu.

Sumber: BH

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com