Kuin Kuala Ketil Bakal Jadi UNISHAMS 8 Februari Depan


KUALA KETIL - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal diiktiraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS) pada 8 Februari depan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau akan menerima surat watikah penaiktarafan Kuin kepada UNISHAMS  daripada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi pada tarikh tersebut di Putrajaya.

"Saya akan terima surat watikah pada 8 Februari depan. Kuin akan jadi universiti penuh. Benda ini memang "confirm".

"Selepas ini, ia akan menarik kehadiran 20,000 pelajar untuk datang belajar di Kuala Ketil," katanya dalam sidang media sebelum merasmikan Progam Himpunan Generasi Muda Parlimen Baling Peringkat Mukim Teloi Kanan  di Felda Teloi Kanan semalam.

Terdahulu, Abdul Azeez menyumbangkan RM 100 kepada 566 penduduk Felda termasuk barangan makanan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com