Kucing Bijak Bantu Orang Sesat Keluar Hutan


SEBUAH video yang menunjukkan seekor kucing pintar membantu dua orang lelaki yang sesat keluar daripada hutan tular di media sosial di Jepun.

Kisahnya, seorang pengguna Twitter bernama @zc31s_Monster dan rakannya sedang meronda menaiki kereta di sebuah kawasan pergunungan.

Bagaimanapun, mereka berdua tersesat jalan dan malangnya, sistem navigasi kereta mereka juga gagal berfungsi pada masa itu.

Tiba-tiba, seekor kucing comel kelihatan sedang berlegar-legar di situ dan kedua-dua pemuda itu mengambil keputusan untuk mengekori langkahnya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila kucing itu seakan-akan ‘faham’ situasi mereka dan terus membawa mereka keluar ke jalan besar.

Bijak sungguh kucing itu, siap toleh ke belakang beberapa kali untuk memastikan kedua-dua pemuda itu masih mengekorinya!

Selepas mencapai beberapa langkah, kucing tersebut dengan gaya comel terkedek-kedek manja ke hadapan seperti ingin mengatakan, “Ikut saya, saya tahu jalan keluar!”


Sehinggakan apabila kedua-dua mereka sudah sampai di jalan besar, kucing itu tetap setia menunjukkan arah seakan-akan menyatakan,“Oh, saya fikir kamu sudah okey sampai sini. Jika kamu masih perlukan khidmat saya, saya akan tunjukkan jalan seterusnya agar kamu berdua pulang dengan selamat!”

Kisah kebaikan kucing itu telah memenangi hati netizen. Ada yang menulis: “Saya jatuh cinta dengan kucing ini. Ia sungguh comel dan baik hati!

“Comel sangat kucing itu, siap pastikan kereta pemuda itu masih mengikutinya dari belakang.

“Entah-entah hantu, tak?”

Video itu sangat popular di Twitter dan telah mencapai tontonan sebanyak 2.82 juta kali setakat ini.

Tengok? Kucing pun pandai bantu orang dalam kesusahan! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com