KPT Lanjutkan Tarikh Permohonan Biasiswa PhD


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melanjutkan tarikh permohonan biasiswa pegawai dalam perkhidmatan bagi pengajian peringkat doktor  falsafah (PhD) sehingga 28 Feb ini.

Menurut  satu kenyataan KPT, pihaknya menerima banyak permohonan untuk perlanjutan tempoh  berikutan permohonan berkenaan masih dalam status menunggu sokongan majikan dan universiti masing-masing.

“Justeru, pemohon boleh mengemukakan permohonan lengkap kepada bahagian biasiswa KPT melalui majikan masing-masing, selewat-lewatnya pada 28 Feb,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 5 Jan, KPT menerima 66 permohonan daripada pegawai dalam perkhidmatan dan kini dalam pertimbangan KPT. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com