KJ Minta Selesaikan Isu Stadium Shah Alam


KANGAR - Kerajaan Negeri Selangor dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) perlu menyelesaikan isu penggunaan Stadium Shah Alam demi kebaikan bersama.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sentimen politik perlu diketepikan dan peluang perlu diberikan kepada pasukan Selangor untuk beraksi di Stadium Shah Alam bagi saingan Liga Super musim ini.

Katanya, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena apabila 'home ground' pasukan Selangor sebelum ini tidak boleh lagi digunakan pasukan berkenaan.

"Terpulang kepada kerajaan negeri...kerana mereka tuan punya stadium berkenaan, saya tidak tahu kenapa mereka tidak benarkan.

"Bagi saya ia tidak kena...hanya kerana masalah politik, peluang mereka dinafikan...jadi selesaikan baik-baik," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas isu pasukan Selangor tidak mempunyai stadium rasmi selepas berlaku perbalahan antara Kerajaan Negeri Selangor dan FAS.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com