Keputusan Analisa Sampel 'Kopi Durian Lalok' Diketahui Seminggu Lagi- Subramaniam


KUALA LUMPUR - Keputusan analisa ke atas sampel kopi pracampuran yang menyebabkan tujuh individu mengalami gejala sawan dan pening akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam pada masa sama menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika ada pihak memberikan secara percuma kopi pracampuran seumpama itu.

Ia bagi mengelak sebarang kejadian sama daripada berulang.

“Kopi campuran itu masih dijual (di pasaran). Namun, saya nasihatkan orang ramai kalau ada orang beri paket kopi seperti itu supaya berhati-hati,” katanya semasa ditemui media selepas merasmikan Minggu Kanser Sedunia 2018 di Temple of Fine Arts di sini hari ini. 

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com