Kena Tahan Polis: Farid Kamil Buat Laporan Polis


POLIS memaklumkan pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil Zahari telah membuat laporan polis di Balai Damansara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, laporan dibuat pelakon terbabit kira-kira jam 5.54 petang dipercayai berkaitan kejadian sebelum dan selepas tertangkapnya pelakon itu.

"Laporan itu berkisar sebelum, semasa dan selepas kejadian.

"Di sini, banyak perkara telah dikemukakan Farid dan kita perlu siasat," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Farid dinasihatkan untuk merujuk dahulu dengan peguamnya kerana kes beliau masih dalam tempoh perbicaraan.

Katanya, selepas laporan polis dibuatnya, Farid harus bertanggungjawab dan memberikan kerjasama kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Kita akan panggil dia (Farid) untuk rekod keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

11 Januari lalu, Farid ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara.

Dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Shafien Mamat yang bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com