Kejam, Lelaki Mabuk Campak Anak Usia 10 Bulan Ke Lantai


Seorang lelaki yang mabuk telah bertindak kejam dengan mencampakkan bayinya yang berusia 10 bulan ke lantai dari tingkat satu rumahnya, selepas bayi berkenaan enggan berhenti menangis.

Lelaki durjana itu, Yulian Atomanov, 23, sedang minum arak di tingkat atas rumah dua tingkat yang terletak di Suntar, Rusia, apabila anaknya itu mula menangis.

Yulian menjerit kepada bayi berkenaan supaya berhenti menangis, namun tidak lama kemudian dia mengangkat bayi itu dari katilnya lalu mencampak bayi tersebut ke lantai.

Isterinya, Vilena, 22, yang baru pulang dari mencari kayu api, terkejut melihat anaknya terbaring tidak sedarkan diri di atas tangga dengan berlumuran darah.

Bayi itu dikejarkan ke hospital dan mengalami kehilangan darah, beberapa tulangnya patah, tengkorak retak, otak cedera dan organ dalaman turut cedera.


Yulian mempunyai rekod jenayah kerana pernah mengancam bunuh ke atas seseorang dan dia juga sering bertindak ganas terhadap isterinya.

Vilena yang kini dalam kesedihan terpaksa diberikan kaunseling selepas anaknya mengalami kecederaan parah.


Susulan itu Yulian telah ditangkap dan berdepan hukuman penjara 15 tahun atas dakwaan cuba membunuh.

Kes itu juga mendapat perhatian ramai dengan netizen meminta supaya Yulian dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukannya itu.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com