Kejam! Ibu Bapa Ini Biarkan Bayinya yang Berusia 15 Hari Digigit Tikus


AS – Orang tua seharusnya menjaga anaknya agar tidak terluka. Walau bagaimanapun, pasangan ini adalah sebaliknya.

Perbuataan orang tua ini jangan ditiru! Mereka adalah Erica Shyrock (19) dan Charles Elliot (18) membiarkan bayinya yang baru lahir digigit oleh tikus.

Tak hanya sekali, tikus itu menggigit bayi malang ini lebih dari 100 kali. Tikus itu menyerang sekujur tubuh bayi. Termasuk di lengan hingga jari tangannya.

Dilaporkan oleh Grid.ID kejadian ini berlaku di Magnolia, Arkansas, Amerika Syarikat. Oleh kerana banyak gigitan tikus terdapat pada bayi itu maka ia mesti menjalani pembedahan.

Bayi itu perlu menjalani pembedahan pembinaan semula di tengkorak kepalanya, kerana gigitan tikus paling teruk ada di sekitar dahi.

Selepas kejadian itu ada pekerja sosial yang melawat rumah pasangan ini. Ketika pekerja itu berkunjung ke rumah pasangan tersebut, dia terkejut.

Dia mendapatI jejak tikus berdarah di dalam rumah. Rumah tersebut juga sungguh kotor dan tak layak huni.

Ibu bapa bayi juga mengakui sebelum kejadian bahawa mereka mengambil dadah. Akibatnya mereka berdua dijatuhi hukuman kerana penyalahgunaan kanak-kanak di bawah umur. Mereka dijatuhi hukuman 5 tahun penjara.

Sumber: Suara TV


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com