Kedah Lancar Skim Kawalan Harga Sempena Tahun Baharu Cina


ALOR SETAR - Tiada barang keperluan yang dikesan mengalami kekurangan bekalan sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baharu Cina yang dilancarkan sejak Sabtu lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi dan Segi Tiga Pertumbuhan Malaysia, Indonesia dan Thailand (IMT-GT) negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, berkata pihaknya melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerap melakukan pemeriksaan bagi memastikan barang keperluan sentiasa mencukupi dengan permintaan pasaran.

"Sebanyak 13 barang keperluan disenaraikan dalam skim terbabit termasuklah telur, ayam, babi dan udang besar.

"Bagi memastikan kempen skim ini mencapai sasaran, KPDNKK mengerahkan 300 pegawainya untuk melakukan pemeriksaan di kedai, pasar, pasar raya sehingga 21 Februari ini," katanya pada sidang media sempena lawatannya ke sebuah pasar raya di sini, semalam.


Jelas Ku Abdul Rahman, sehingga kini, KPDNKK tidak menerima sebarang aduan mengenai kesalahan membabitkan skim berkenaan dalam tempoh dua hari penganjurannya.

Menurut rekod tahun lalu, katanya, KPDNKK Kedah merekodkan sebanyak 17 kes membabitkan dengan sebanyak RM1,700.

"Kesalahan yang dikesan adalah kegagalan memaparkan tanda jualan dan penjualan melebihi harga siling. KPDNKK turut merampas wang tunai sebanyak RM1,281 dalam operasi selama 12 hari tahun lalu," katanya memetik BH Online.

Kata beliau, sehubungan itu, kerajaan berharap peniaga dapat mematuhi harga kawalan sepanjang program ini yang ditetapkan kerajaan,

"Sepanjang pelaksanaan program kawalan harga, KPDNKK bekerjasama dengan Sahabat KPDNKK, People's Volunteer Corp and Consumer Squad dalam menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang," ujarnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com