Kedah Gagal Kutip Mata Di Darul Aman


ALOR SETAR - Kedah gagal mencatat kemenangan pertama di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Bermula dengan gerakan pantas, Kedah menerima dua peluang menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Liridon Krasniqi dan pada minit ke-3 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-6 namun kedua-duanya gagal menghasilkan gol.

Perak bangkit dengan memulakan gerakan bahaya pada minit ke-9 melalui gerakan Misagh Bahadoran dari bahagian kiri pintu gol Kedah namun hantaran silang itu berjaya disambar oleh penjaga gol muda Kedah, Asri Muhamad.

Perak melakukan kejutan dengan gol pertama pada minit ke-20 apabila pemain import, Gilmar merembat kencang dari jarak 20 meter.

Kedah pula memperoleh gol penyamaan hasil sepakan penalti minit ke-77 yang disempurnakan Sandro Da Silva selepas Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Pada minit ke-81, Kedah dikejutkan dengan layangan kad merah kepada Krasniqi selepas menyiku pemain import Perak, Leandro Dos Santos.

Beraksi dengan 10 pemain, Kedah terus tertekan dan pada minit ke-86, Robert Cornthwaite menambah gol kedua pelawat hasil sepakan percuma yang menewaskan Asri disusuli gol ketiga hasil jaringan pemain muda, Nazrul Naim di hujung babak perlawanan.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com