Keda Tawar Lot Niaga Untuk Usahawan Bumiputera Kulim


KULIM - Hampir 100 lot ruang perniagaan khusus kepada usahawan Bumiputera di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan dilancarkan pada Mac ini.

Pengurus Hartanah dan Prasarana Keda, Ahmad Hilmi Talib berkata, lot ruang niaga ini dibangunkan serentak di seluruh negeri pada 2016.

"Projek lot niaga di bawah Keda ini memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk kembangkan perniagaan mereka, selain lebih teratur di bawah satu bumbung.

"Kita telah bina 16 lot niaga di Kledang, Baling, lapan di Naka, dan 26 di Sik berkonsep bangunan dua tingkat, manakala 22 lot di Kulim lebih berkonsepkan mall. Semua akan beroperasi pada Mac ini," katanya.

"Lebih 100 usahawan akan mendapat manfaat di sini dan ia akan memberi kelebihan kepada penduduk setempat.

"Kita akan utamakan dahulu anak tempatan, ini adalaj objektif kita untuk bantu mereka yang tidak mempunyai tempat niaga dan mahukan kedai yang lebih baik," katanya.

Menurutnya, harga sewaan yang ditawarkan juga lebih murah berbanding bangunan kedai lain dan ianya harga patut.

Sumber: Sinar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com