Kecoh Di Facebook Gara-Gara Tak Bayar Teh Ais


TUGAS sebagai seorang penjaja bukan hanya sekadar menjual, tetapi mereka juga perlu bersikap profesional dan bertolak ansur ketika menjalankan perniagaan.

Ini kerana setiap kata-kata dan perwatakan peniaga itu sendiri akan sedikit sabanyak memberi impak kepada pelanggan.

Kebanyakannya juga tidak akan berkunjung kembali kepada peniaga yang sama sekiranya penjual tidak pandai melayan pelanggan, biarpun barangan yang dijual murah dan berpatutan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, di mana serang peniaga wanita meluahkan perasaan di laman Facebook konon tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pelanggannya.

Menurut peniaga berkenaan, dia mendakwa pelangganya itu enggan membayar minuman teh ais yang dibungkus dengan memberi alasan tidak mempunyai wang kecil.

Kata peniaga itu lagi, pelanggan tersebut akan datang semula selepas selesai mengisi minyak motorsikal namun menurutnya wanita itu tidak muncul kembali.


Lebih teruk lagi, peniaga itu turut mengatakan tidak akan menghalalkan apa yang diambil oleh pelanggannya itu selagi tidak melakukan pembayaran.

Perkongsian yang bersifat ingin meraih simpati itu nyata mengundang kritikan dan cemuhan hebat daripada netizen di media sosial.

Ini kerana, perkara kecil seperti ini tidak seharusnya diperbesarkan kerana ia seolah telah membuka aib pembeli dan ia juga secara tidak langsung menungjukkan budi pekerti peniaga itu sendiri.

“Makcik, dia dah cakap kan tak ada duit kecil, dia pergi hantar anak sambil pergi cari duit kecil lah tu. Acah-acah teh ais tu harga ribu-ribu sampai nak kata macam-macam,” tulis seorang netizen.

Rata-rata netizen juga turut mempersoal mengapa peniaga ini terlalu ‘berkira’ sedangkan pelanggan itu sudah berjanji ingin membayar balik.

Turut tampil menjelaskan situasi sebenar, seorang individu yang dikenali sebagai Hidayat Dayat menjelaskan di mana rakannya itu hanya lewat setengah jam kerana ingin menghantar anaknya ke sekolah dahulu.

Pelanggan itu juga memberitahu dia perlu mencari wang kecil kerana pemilik kedai itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk ditukarkan.

“Kes teh ais tu cuma lewat setengah jam je, tapi dia dah bayar. Kepada tuan kedai mohon minta maaf, dia terlewat bayar sebab hantar anak ke sekolah.

“Dia nak bayar tapi tuan kedai tak ada duit kecil. Kalau nak berniaga biar la ikhlas, esok kita jumpa dekat kedai.. terima kasih kepada yang simpati kepada kakak tu, dia dah bayar duit tu,” tulis Hidayat.


Bagaimanapun, peniaga terbabit yang jelas merasakan dirinya tidak bersalah tampil sekali lagi mengeluarkan kenyataan baharu.

Kali ini, dia mengatakan tidak kisah dengan kecaman orang ramai kerana apa yang diceritakan adalah tentang haknya sebagai peniaga.


“Ampa nak cakap apa cakap la, saya bercerita pasal hak saya!” tulisnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com