Jururawat Persendirian Ditahan Miliki 8 Ketul Ganja


KUALA LUMPUR - Seorang jururawat persendirian ditahan di Wangsa Melawati pada Jumaat kerana dipercayai memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan, wanita berusia 27 tahun terbabit ditahan di tepi Jalan Wangsa Budi 11 kira-kira pada jam 9 pagi.

Ketika ditahan, suspek membawa beg kertas mengandungi lapan ketulan mampat serta daun kering yang disyaki ganja.

"Ia dianggarkan seberat 255 gram bernilai lebih kurang RM850, dan ujian air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis THC.

"Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com