Jirat Cina Jadi "Kedai Dadah", Tonto Jadi "Pak Gaurd"


Kuala Lumpur: Kawasan jirat Cina yang luas dekat Bandar Tun Razak di sini, dikenal pasti lokasi terbaru sindiket pengedaran dadah syabu dan heroin yang menjalankan operasi dengan diawasi tonto bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Difahamkan, sindiket dikuasai kongsi gelap itu menjual dadah berkenaan pada harga serendah RM5 sepeket dan urus niaga boleh dijalankan untuk mendapatkan jumlah dadah yang lebih besar dengan hanya berurusan di jirat berkenaan.

Wartawan Skuad Khas Harian Metro yang mahu melakukan pengintipan aktiviti dilakukan sindiket terbabit sebaik mendapat maklumat diingatkan berkali-kali mengenai bahaya untuk masuk ke kawasan perniagaan haram itu.

Namun, wartawan bersama jurugambar dan juruvideo memberanikan diri masuk ke kawasan berkenaan, pagi kelmarin serta menjadikan satu kawasan semak semak samun di jirat itu sebagai lokasi persembunyian bagi merakam aktiviti terlarang yang dilakukan.

Kurang 10 minit berlindung di sebalik semak samun, muncul seorang lelaki menunggang motosikal masuk ke kawasan berkenaan. Situasi itu berterusan untuk lebih sejam sebelum tiada lagi kenderaan dilihat keluar atau masuk.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com