Jet Pejuang Rusia Ekori Pesawat AS Dari Jarak 1.5 Meter


TURKI – Pesawat pejuang Rusia didakwa terbang cukup hampir dengan pesawat pengintip Amerika Syarikat di Laut Hitam.

Jarak antara pesawat pejuang SU-27 dan EP-3 hanya 1.5 meter.

Tentera Laut Amerika Syarikat berkata, pesawat Rusia mengekori pesawatnya selama lebih dua jam. Insiden itu berlaku di ruang udara antarabangsa.

Kementerian pertahanan Russia mendakwa tindakannya mengikut peraturan antarabangsa untuk penggunaan ruang udara.

Angkatan dari Rusia dan Persekutuan NATO beroperasi di ruang udara bersama, walaupun ketegangan telah meningkat sejak Rusia menggabungkan Crimea pada tahun 2014.

Dalam satu kenyataan, tentera laut Amerika Syarikat bberkata, jet pejuang Rusia telah melintasi secara terus ke laluan penerbangan pesawatnya.

Amerika Syarikat memberi amaran bahawa “tentera Rusia berada dalam hak untuk beroperasi dalam ruang udara antarabangsa, tetapi mesti mematuhi dalam piawaian antarabangsa yang ditetapkan demi memastikan keselamatan dan mencegah insiden”.

Kementerian Pertahanan Rusia, sebaliknya, berkata, laluan penerbangan pesawatnya adalah “selaras dengan peraturan antarabangsa untuk penggunaan ruang udara”.

Moscow mengatakan bahawa tingkah laku juruterbangnya tidak ada yang “tidak standard” dan tindakan mereka adalah percubaan untuk “menghentikan pesawat Amerika Syarikat daripada melanggar ruang udara Rusia”.

Kerajaan Rusia berkata, apabila pesawat Amerika Syarikat bergerak dari sempadan, jet tempurnya kembali ke pangkalan. 

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com