Isu Makanan Tambahan - Neelofa Minta Netizen Tunggu Kenyataan


KUALA LUMPUR - Perkongsian pengacara dan pelakon Neelofa mengenai makanan tambahan jenama Chew N' Glow sesuai dimakan bayi mengundang kecaman netizen sejak dua hari lalu.

Menerusi kenyataan ringkasnya sebentar tadi di Twitter, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29, memberitahu dia sangat menghargai komen dan kebimbangan mengenai perkongsiannya itu.

Bagaimanapun jelasnya pihak pengurusan Chew N' Glow sedang berusaha dalam membetulkan isu tersebut selain menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Sementara itu, perkongsian Neelofa ini juga turut menarik perhatian Dr. Nur Amalina Che Bakri, yang juga pelajar cemerlang SPM pada tahun 2004, menerusi perkongsian di laman sosialnya, Amalina menyarankan agar pemberian makanan tambahan untuk bayi perlu mendapatkan pandangan pihak berwajib dahulu.


Jelasnya juga susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi memandangkan ia merupakan sumber nutrisi yang paling lengkap.

Usaha Utusan Online untuk mendapatkan wakil Chew N' Glow bagaimanapun gagal memandangkan wakil produk makanan tambahan ini Datin Zuraida Dahari enggan memberikan apa-apa komen.

“Maaf saya tidak boleh komen sekarang, memandangkan situasi agak tegang.

“Bagaimanapun saya akan menjelaskan perkara ini dalam waktu terdekat, kami akan kemas kini segala maklumat di laman sosial Chew N' Glow ,” katanya ringkas. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com