Isteri Tangkap Suami 52 Tahun Bermesra Dengan Isteri Orang


BUKIT MERTAJAM - Seorang isteri beranak empat mendakwa diceraikan dengan talak tiga apabila dia menangkap suaminya yang berusia 52 tahun sedang bermesra dengan isteri orang.

Perkara itu dibongkar wanita terbabit melalui dua buah video yang kini tular di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Kedua-dua video yang berdurasi masing-masing 2 minit 6 saat dan 53 saat itu dimuat naik ke Facebook pada 2 Februari lalu.

Mengikut video pertama tersebut, wanita yang turut membawa keempat-empat anaknya itu menyerbu suaminya sedang bermesra dengan isteri orang di Pangsapuri Delima Intan di sini.

Dipercayai wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai tiga anak itu tinggal menyewa di pangsapuri berkenaan.

Bersamanya di tempat kejadian adalah suami kepada wanita yang sedang bermesra dengan lelaki tersebut.

Berdasarkan video tersebut, suami kepada wanita itu menyoal lelaki yang dikatakan bercinta dengan isterinya tentang hubungan mereka dan mengapa menghalang dari dihubungi (block).

Tindakan itu menyebabkan keadaan menjadi tegang apabila suami wanita itu berang dirinya disentuh serta dirakam kejadian tersebut oleh bekas isterinya.

Suami wanita terbabit kemudiannya mengasari bekas isterinya lalu memijak telefon bimbit yang sedang merakam kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com