Heboh Video Seekor Tikus Mandi Dengan Sabun Seperti Manusia


Dunia maya kembali heboh dengan video yang luar biasa dan  pelik.

Bagaimana tidak, dalam video yang beredar menunjukkan seekor tikus tampak berdiri menggunakan kaki belakangnya dan kelihatan menggosok dirinya dengan sabun .

Dilaporkan TribunStyle.com, video tersebut khabarnya diambil di sinki bilik mandi di Bandar Huaraz, Ancash, Peru.

Dapat dilihat, tikus itu mencuci ketiaknya menggunakan sabun.

Kemudian, dia membersihkan tangan dan tubuhnya seperti orang yang mandi.

Jose Correa, seorang DJ mendakwa telah mengabadikan momen tersebut sesaat sebelum ia mandi pada Sabtu pagi.

“Dia seperti manusia, saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini,” jelasnya.

“Insiden ini berlangsung selama 30 saat, kemudian dia melarikan diri, saya fikir dia hanya ingin menjadikan dirinya bersih,” katanya.

Jose mendakwa sangat prihatin terhadap haiwan dan mahu menghormati privasi mereka.

“Saya tidak akan pernah menyakitinya, jadi saya hanya merakam dan membiarkannya pergi,” tambah lelaki 36 tahun tersebut.

Jose juga terkejut video beliau akan menjadi popular di seluruh dunia.


“Saya tidak pernah menduga ini akan popular, tidka boleh dipercayai,” kata Jose.

Video itu telah disaksikan sebanyak 37 juta kali hanya dalam dua hari selepas diposkan di Reddit.

Namun, beberapa netizen mempersoalkan keasliannya.

Beberapa netizen mengatakan jika tikus itu hanyalah boneka yang dikawal menggunakan animatronik.

Seorang pemerhati bermata tajam melihat adanya kejanggalan di tubuh tikus itu.

“Di mana ekornya? Tikus mempunyai ekor yang sangat panjang, sangat sukar untuk menyembunyikan seluruh ekor di belakang mereka. Saya mempunyai tikus, dan saya tidak bodoh,” komen Katherine Guest.

Setelah mendapatkan komen demikian, Jose pun buka suara.

Dia memastikan bahawa video itu palsu.

“Hei, jangan menganggapnya terlalu serius. Saya tidak mengatakan bahawa anda bodoh, justeru anda adalah satu-satunya orang yang bijak lantaran bertanyakan tentang ekornya.

Ini adalah video kelakar, santai dan tersenyumlah agar dapat hidup lebih lama, “tanggapnya.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com