Guruh Berdentum 10 Kali Sebelum Bumbung Diterbangkan Angin


TAIPING - "Kami melaungkan azan sebaik melihat bumbung tercabut dan melayang ditiup angin kencang."

Pelajar asrama Sekolah Tahfiz Anak Yatim dan Miskin Amal Nur Qaseh, Mohammad Fitri Mohd Hazer, 19, mengimbau detik cemas kejadian ketika bersiap untuk ke surau bersama 29 rakan lain di premis di Batu 4, Kamunting, kira-kira jam 6.40 petang kelmarin.

Beliau berkata, hujan lebat melanda kira-kira 30 minit sebelum kejadian.

"Tiba-tiba kedengaran bunyi angin kuat disusuli dentuman guruh hampir 10 kali, menyebabkan kami panik dan bertempiaran lari berteduh di dalam surau," katanya ketika ditemui, semalam.


Rakannya, Mohammad Hafizan Ibrahim, 17, berkata bumbung asrama yang tercabut menyebabkan semua barangan dalam asrama rosak dibasahi hujan.

"Saya tak sempat ambil apa-apa barang sebab habis semua basah," katanya.

Warden asrama, Shah Mun Ahmad, 49, bersyukur semua 30 pelajar selamat dalam kejadian ribut selama lima minit itu.

Katanya, kejadian petang semalam merosakkan keseluruhan bumbung pejabat, asrama pelajar dan bilik mandi.

"Buku, tilam dan bantal pelajar tidak boleh digunakan kerana rosak dan basah terkena hujan.

"Kejadian ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar kerana kami tidak mempunyai peruntukan membaiki kerosakan dianggar mencecah RM10,000," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com