Guan Eng 'Tidak Gembira' PAS Tanding 20 Kerusi DUN Di Pulau Pinang


Hasrat PAS untuk bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Pulau Pinang pada PRU 14 ini amat tidak menggembirakan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Kekhuatiran Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu tentunya bersebab kerana tindakan PAS itu  dikatakan akan membantu kemenangan BN dalam persaingan tiga penjuru nanti.

Ia tentu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang di kawasan majoriti orang Melayu.

Guan Eng yang  juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan memberitahu ia merupakan satu cabaran sekiranya PAS bertanding kerana  mereka akan 'membantu BN.

Namun segalanya akan bergantung kepada rakyat yang akan menentukannya," katanya kepada pemberita semalam mengulas hasrat PAS untuk meletakkan calonnya di beberapa DUN dan Parlimen di negeri itu.

Bagaimanapun, kata Guan Eng lagi PAS berhak bertanding di mana-mana kerusi dalam sistem demokrasi termasuk di kawasan Parlimen Permatang Pauh dan kerusi Dewan Undangan Negeri Air Putih, ujarnya.

Menurut Guan Eng kehadiran PAS itu akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang dan sudah tentu Gerakan, MCA dan UMNO akan rasa gembira dengan perkara itu.

Di samping keputusan PAS itu, Guan Eng juga perlu sedar, sebahagian rakyat Pulau Pinang kini juga akan menolaknya kerana isu rasuah yang melibatkan dirinya dan pentadbiran buruk kerajaan DAP yang memerintah selama dua penggal.

Penentangan oleh beberapa ADUN DAP dan PKR terhadap kepimpinan Guan Eng terutama dalam isu banjir, tanah runtuh dan terowong dasar laut merupakan petanda awal DAP akan menghadapi cabaran untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.

Kelmarin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan PAS akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, iaitu  kubu PKR yang diwakili Presidennya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Abdul Hadi, kerusi parlimen itu pernah dimiliki PAS pada pilihan raya umum 1978 menerusi wakilnya Zabidi Ali.

PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya umum 1999. - 

Selain Guan Eng, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir juga mungkin merasakan Pulau Pinang akan terlepas semula kepada BN.

Kebimbangan Dr. Mahathir itu disuarakan oleh  semasa Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang apabila meminta ahli parti dalam gabungan pembangkang itu tidak terlalu setia kepada parti masing-masing berhubung agihan kerusi tetapi mahu kemenangan kepada Pakatan.

Pakatan Pulau Pinang juga tidak mengumumkan pembahagian kerusi DUN antara parti antara gabungan  kerana bimbang ia akan diprotes oleh ahli parti yang mendapat  kerusi yang sedikit seperti mana yang berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor.

Difahamkan pengagihan kerusi DUN Pulau Pinang belum selesai kerana DAP enggan mengorbankan kerusinya kepada PKR sebagai ganti selepas PKR diminta mengorbankan kerusinya kepada PPBM dan PAN.

PAN masih di kedudukan tercorot apabila ditawarkan kerusi yang paling sedikit di negeri ini. - Kedahnews.com 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com