Gandingan Akhyar, Andik Harap Jadi Mimpi Ngeri Lawan


ALOR SETAR - Kehadiran import baru bagi memenuhi kuota import Asean Kedah, Andik Vermanshah diharapkan mampu menambahkan lagi ketajaman skuad Lang Merah setelah digandingkan bersama pemain sayap muda, Akhyar Rashid bagi mengempur kubu lawan.

Gandingan pertama kali 'dua A' itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya membantu Kedah mengatasi PKNP 1-0 bagi perlawanan ketiga Liga Super 2018 di Stadium Batu Kawan yang lalu.

Untuk pertama kalinya gandingan 'dua A' tersebut memberi impak positif di jentera serangan.

Para peminat skuad Lang Merah mengharapkan penghijrahan pemain sayap Indonesia itu ke Kedah mampu berkerjasama dengan baik bersama Akhyar.

Presiden Hijau Kuning Fans Club (HKFC Kedah), Mohammad Firdaus Azid berkata, Andik dilihat tidak mengalami sebarang masalah untuk cepat serasi dengan rakan sepasukannya berdasarkan komunikasi yang baik selain faham corak permainan yang diamalkan Kedah.

"Aksi lincah Akhyar bergandingan dengan pemain sayap sensasi kuota Asean Andik Vermansyah ternyata menjadi igauan buruk untuk pasulan lawan.

"Setiap kali aksi serangan, Akhyar adan Andik akan mendapat sorakan yang gemuruh dari penyokong yang rata rata dapat menjangkakan sentuhan licik dari Akhyar dan juga Andik," katanya.

Penyokong Kedah begitu mengharapkan gandingan 'dua A' ini akan terus mengembirakan seluruh penyokong Hijau Kuning pada perlawanan akan datang.

"Kedua-dua pemain ini mempunyai corak permainan yang hampir sama iaitu ada kelebihan larian laju dari sebelah kiri dan kanan sekaligus mengucar-gacirkan benteng lawan," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com