Dulu Menang Satu, Kini PAS Mahu Tanding 20 Kerusi DUN Pulau Pinang


Tanpa memikirkan sama ada menang atau kalah, PAS Pulau Pinang bercadang untuk bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PAS bertanding di dua kerusi Parlimen (Kepala Batas dan Tasek Gelugor) dan enam kerusi DUN (Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir, Sungai Acheh dan Bayan Lepas).

PAS yang ketika itu berada di dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP bangaimanapun hanya menang kerusi Permatang Pasir.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof, pihak sekarang masih lagi dalam perbincangan untuk letakkan calon  terbaik kepada rakyat di Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan sama ada PAS Pulau Pinang akan bertanding di 20 kerusi itu atau sebaliknya, akan ditentukan PAS pusat.

"Cadangan kita akan diambil kira sama ada berkurangan atau berlebihan (kerusi). Kita kemukakan kepada pusat 20 kerusi DUN, maknanya nanti PAS akan fikirkan sama ada 20 kerusi atau pun kurang lagi, kerana mengambil kira rakan-rakan kita dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Gagasan Sejahtera," katanya.

Beliau ditemui selepas program Amanat PRU14 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'PAS Tawan Permatang Pauh' di sini, malam tadi.

Terdahulu, Abdul Hadi mengumumkan PAS akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan tiga DUN didalam kawasan itu iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti pada PRU14.

Dalam perkembangan yang lain Pakatan Harapan masih merahsiakan pengagihan kerusi DUN di Pulau Pinang walaupun berlangsung Konvensyen PH peringkat negeri itu  malam tadi yang turut dihadiri oleh pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti pimpinan parti gabungan itu.

Ramai yang ingin tahu berapa kerusi DUN dan Parlimen yang diagihkan kepada PAN dan PPBM di negeri yang dikuasai DAP itu

Difahamkan sebanyak 11 kerusi DUN yang merupakan majoriti pengundi Melayu ketika ini menjadi rebutan antara PAN,PPBM) dan PKR.

Khabarnya PPBM menuntut lebih banyak kerusi hingga merunsingkan PKR yang terpaksa melepaskan 10 kerusi sedia ada.- Kedahnews.com,

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com