Ditahan Polis Gara-Gara Muat Naik Gambar Bersama Pokok Ganja Di FB


Chennai: Tindakan dua lelaki memuat naik gambar swafoto bersama pokok ganja yang ditanam mereka membawa padah apabila ditahan polis selepas gambar itu tular di Internet.

Polis berkata, seorang lelaki, Kamal, 35, ditahan selepas gambarnya bersama beberapa pokok ganja yang ditanam di satu kawasan di Royapettah tular di Facebook.

Seorang rakannya, Sasikumar, 22, yang merakam gambar itu dan memuat naik di Facebook turut ditahan.

Sasikumar dilaporkan memuat naik gambar rakannya itu di Facebook walaupun Kamal memberi amaran tidak berbuat demikian.

“Sasikumar berjanji tidak memuat naik gambar itu tetapi dia tetap berbuat demikian dan turut menandakan kawannya itu.

“Gambar itu tular di media sosial dan ramai pengguna bertanya di mana ia dirakamkan,” kata jurucakap polis.

Ujarnya, gambar itu akhirnya sampai ke pengetahuan polis Royapettah yang kemudiannya menjejaki sebelum berjaya menangkap kedua-dua suspek.

Menurutnya, mahkamah Majistret membenarkan kedua-dua suspek direman sejak Ahad lalu untuk siasatan lanjut.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com