DBKL Nafi Keluarkan Iklan Sewa Rumah


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pernah mengeluarkan iklan mengenai kadar sewa rumah kos rendah dan sederhana milik DBKL yang tular dalam media sosial baru-baru ini.


“DBKL tidak ada mengeluarkan kenyataan yang menawarkan kadar sewa RM218 untuk rumah kos rendah dan RM320 untuk rumah kos sederhana,” menurut kenyataannya semalam.

Ia menegaskan DBKL tidak bertanggungjawab atas penyebaran iklan palsu itu dan berharap orang ramai tidak mudah terpedaya. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com