Dasar Baharu Kerajaan Semasa Pentadbiran Mahathir Punca Harga Barang Naik


Di sebalik rungutan orang ramai terhadap kenaikan harga barangan keperluan ketika ini, seorang pemimpin PAS mengajak rakyat merenung kembali punca sebenar kenaikan itu berlaku.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan melihat perubahan dasar yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca harga barang meningkat sehingga membebankan rakyat sekarang ini.

Harga barang asasi naik kerana dasar kerajaan ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri keempat itu yang menggantikan pertanian kepada perindustrian, ujar Hasbullah seperti yang dilaporkan Klxpress.

Perubahan dasar kerajaan itu Ia sekaligus  memberikan impak sehingga negara terpaksa mengimport barangan asasi.

“Hari ini rakyat merana kerana harga barang meningkat, harga barang asasi kita meningkat sebab apa?

“Sebab perubahan dasar negara di zaman Dr Mahathir daripada kita sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian, kita berubah kepada dasar perindustrian, " ujar beliau.

“Akhirnya, 30 peratus barang makanan asasi negara kita kena import, ini yang menyebabkan harga barang kita naik hari ini… bawang nak kena import, beras yang menjadi makanan asasi kita kena import, sebab apa sebab kita berubah dasar,” katanya. 

Tambah beliau, perubahan dasar yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun itu juga merugikan rakyat dan menyebabkan ia terpaksa diwarisi oleh rakyat sekarang ini.

“Ini lah orang yang membuat dasar dan akhirnya merugikan rakyat, akhirnya kita mewarisi,” katanya.
Kenaikan harga barang kini menjadi senjata politik utama pakatan pembangkang untuk menghasut rakyat agar menukar kerajaan yang diterajui BN sejak lama.

Selain itu pelaksanaan Cukai  Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan tiga tahun lalu dan oleh banyak negara di dunia juga digunakan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Namun jika pembangkang memerintah sekali pun tiada jaminat harga barangan keperluan akan turut mendadak seperti yang mereka tawarkan. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com