Darah Goreng, Sarapan Pelik Di Dunia


Berikut adalah beberapa sarapan pagi yang “pelik” dan akan mengejutkan anda.

Ia tentunya akan membangkitkan rasa ingin tahu sesiapa sahaja.

1. Semut beras, Thailand

Semut ini biasa didapati di Thailand.

Warna semut yang sedikit kemerah-merahan dan telur putihnya dianggap mempunyai rasa yang lazat bagi penduduk di utara Thailand.

Kedua-dua ramuan ini digunakan sebagai pelengkap beberapa jenis masakan Thai, termasuk salad, goreng, dan juga pelbagai sup.

Banyak penjual jalanan menjual telur-telur yang dibungkus dalam daun pisang ini menjadi popular dan warganya melabelkannya seperti kudapan atau makanan ringan yang senang dibawa ke mana sahaja.

Telur semut Weaver mengandungi protein tinggi tetapi tetap rendah lemak.

Ia mempunyai rasa mentega yang kuat dan juga rasa manis.

2. Tarantula, Kemboja

Tarantula goreng boleh didapati dalam menu di beberapa kawasan di Kemboja.

Saiznya boleh mencapai sebesar tangan manusia.

Biasanya ia digoreng dalam minyak sehingga garing dan biasanya berperisa dengan perasa, gula, garam, dan bawang putih.

Ia bergantung pada jumlah rempah yang digunakan. Tarantula akan dimakan sebagai hidangan biasa atau manis seperti gula-gula.

Kepala dan badan tarantula berisi daging putih dengan organ coklat dan telur di dalam perut.

3. Darah Goreng, Ireland

Puding hitam atau darah goreng adalah salah satu menu tradisional Ireland yang dibuat daripada darah (kambing, lembu, khinzir), lemak, oat, rempah dan beberapa daging berbentuk seperti sos.

Teksturnya seperti puding.

Makanan ini kelihatan lebih kenyal daripada puding hitam.

Sumber: Suara TV


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com