"DAP Jangan Simbah Minyak Atas Api"


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  memberi ingatan kepada DAP agar tidak 'menyiram minyak di atas api' atau cuba 'menjolok sarang tebuan' jika tidak mahu menanggung kesakitan.

"Kita ingin memberitahu DAP, ingatlah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung," kata  Ketua Penerangannya, Datuk Ruslan Kassim

Tegasnya, toleransi dan menghormati hak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing jelas tercatat dan dijamin oleh Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dalam negara.

"DAP sepatutnya belajar menghormati bangsa dan kaum lain terutama orang Melayu yang berkaitan dengan keagamaan mereka," katanya.

Beliau menyatakan perkara dalam satu kenyataan media hari ini bagi  mengulas kejadian sekumpulan masyarakat Cina DAP menghalang penduduk Islam membina surau di sebuah taman perumahan di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kejadian itu, DAP yang diwakili Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong dikatakan telah menguris perasaan orang Islam apabila menjelaskan surau boleh mengganggu tidur masyarakat Cina.

Dalam hal ini, kata Roslan DAP perlu belajar menerima hakikat rakyat  boleh hidup aman damai jika semua pihak boleh menghormati perbezaan yang ada.

“Jika anda tidak bersedia menerima perbezaan itu, kami cadangkan carilah negara dan bumi lain selain Malaysia yang terlalu banyak memberi ruang dan peluang untuk kita bersatu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya, bahasa dan warna kulit," kata beliau lagi. 

Menurut Ruslan, umat Islam di negara ini sudah cukup berlembut dan bertoleransi dan ia tidak boleh diambil kesempatan oleh DAP seolah - olah menyiram minyak ke atas api.

DAP segala perkara yang berhubung dengan orang Islam, apatah lagi mengenai kepentingan Melayu hendak diusik dan disanggah. Gangguan ini bukan perkara baru, kata Ruslan.

“Mereka berbicara seolah mahu membela Melayu,  di sebalik itu  terselit kepentingan dan keuntungan bagi pihak mereka sama ada dalam jangka pendek atau panjang.

“Mereka akan mengasak dari segenap penjuru atas segala isu yang berkaitan dengan hak dan kepentingan bangsa Melayu,” ujar beliau.

Kata beliau, stail politik begitu tidak akan berubah kerana mereka telah berjaya mencongak dalam permainan politik angka di negara ini.

Bagi DAP, memecahkan perpaduan Melayu adalah senjata utama mereka untuk menguasai politik tanah air dan ini akan berterusan selama mana orang Melayu tidak mempunyai kesedaran untuk menyelesaikan sengketa sesama sendiri, kata Ruslan. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com