‘Child's Play’ Bakal Dijadikan Siri TV


SELEPAS 30 tahun filem seram Child's Play menemui penonton ia dilaporkan bakal dijadikan siri televisyen tidak lama lagi.

Menurut laporan Aceshowbiz, projek itu adalah idea asal pencipta watak patung jahat (Chucky) dalam filem itu, Don Mancini bersama penerbit David Kirschner.

Don yang menulis dan mengarahkan beberapa rangkaian filem berkenaan seperti Seed of Chucky, Curse of Chucky dan Cult of Chucky memberitahu siri itu nanti akan dibuat sebanyak lapan episod.

"Setiap episod selama satu jam dengan beberapa penambahan bagi menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

"Apa yang pasti ia akan jadi lebih menakutkan berbanding sebelum ini," katanya.

Pelakon Brad Dourif juga bakal kembali bagi meminjamkan suaranya sebagai Chucky.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com