Buruh Kanak-Kanak Hasilkan Peralatan Pembedahan


ISLAMABAD - PAKISTAN . Kanak-kanak berusia seawal 12 tahun di Pakistan dilapor menghasilkan peralatan pembedahan dalam keadaan berbahaya, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa alat itu mungkin diguna Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain.

Di Sialkot, Punjab, kira-kira 99 peratus penghasilan peralatan pembedahan di Pakistan adalah berpusat di mana buruh kanak-kanak menjadi pekerja untuk puluhan bengkel kecil.

Tiga syarikat yang melakukan aktiviti eksport ke Britain mengesahkan, mereka membeli peralatan dari bengkel kecil tersebut.

Rantaian Pembekal NHS, antara pembekal terbesar NHS yang kebanyakannya berpangkalan di Britain dipercayai mengharamkan buruh kanak-kanak dari pembekal peringkat pertama. 

Sumber- The Guardian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com