Budak Melahirkan Anak Di Usia 5 Tahun, Siapa Punya Angkara?


Pada masa itu Lina Medina masih berusia lima tahun. Kedua-dua ibu bapa gadis kecil yang lahir di Ticrapo, Peru pada 27 September 1933 ini membawanya ke rumah sakit kerana perut anaknya membengkak.

Mulanya mereka mengesyaki Medina menderita tumor di bahagian perut.

Tapi selepas menjalani pemeriksaan oleh doktor di Kota Pisco, Peru, barulah diketahui bahawa Medina tengah mengandung janin berusia tujuh bulan!

Hal Ini sangat jarang berlaku sehingga Medina mendapatkan pengawasan serius daripada pasukan doktor.

Di bawah kawalan Dr Gerardo Lozada, Medina di bawa ke Hospital di Peru, Lima. Dia mendapatkan diagnosis yang lebih terperinci. Hasilnya sama saja, Medina benar-benar tengah hamil.

Satu setengah bulan kemudian, Medina melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan caesar yang dilakukan Dr Gerardo Lozada dan Dr. Busalleu. Pembedahan ini dilakukan kerana Medina mempunyai tulang pinggul yang masih terlalu kecil.


Medina melahirkan anak pada 14 Mei 1939, ketika dia berusia 5 tahun, 7 bulan dan 21 hari. Dia melahirkan bayi lelaki dengan berat 2.7 kilogram yang dinamakan Gerardo, mengikut nama doktor yang mengendalikannya.

Pasukan perubatan memberitahu bahawa Medina mengalami gangguan yang dikenali sebagai ‘pubertas matang’ yang pada dasarnya adalah pertumbuhan organ-organ seksual pada usia awal atau akil baligh awal.

Di mana secara amnya, akil baligh untuk wanita berlaku pada remaja mereka, dan lelaki mengalami lebih awal pada usia 11 atau 12 tahun.

Dr. Edmundo Escomel, yang membuat laporan itu kepada La Presse Medicale, menjelaskan bahawa Medina telah menjalani haid pada usia 2.5 tahun.

Medina juga mengalami pertumbuhan payudara pada usia empat tahun. Di samping itu, terdapat pertumbuhan tulang pinggul.

Tidak ada bukti kukuh bagaimana Medina boleh hamil. Walaupun dia sendiri memilih diam, tidak memberitahu sesiapa identiti lelaki yang telah menghamilkannya.

Bapanya ditangkap atas dakwaan rogol, tetapi akhirnya dibebaskan tanpa bukti yang ditemui.

Akhirnya, Medina berkahwin dengan Raúl Jurado, yang merupakan bapa anak kedua mereka yang lahir pada tahun 1972.

Mereka tinggal di perumahan di Chicago Chico atau Little Chicago.

Sementara anaknya, Gerardo pula sehingga umur 10 tahun, tidak tahu bahawa Medina adalah ibunya.

Dia berfikir bahawa dia Medina adalah kakaknya. Gerardo meninggal dunia pada tahun 1979, pada usia 40 tahun akibat gangguan tulang.

Medina sendiri tetap diam, termasuk menolak permintaan wawancara pada tahun 2002.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com