Budak Lelaki Maut Terkena Sabit Sawit


BAGAN DATUK-  Seorang budak lelaki maut terkena sabit yang dilekatkan pada galah pengait kelapa sawit di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, 12, pergi ke kebun itu untuk menemani datuknya mengait kelapa sawit disebabkan cuti sekolah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata siasatan awal mendapati sabit yang digunakan datuknya itu terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada kanak-kanak terbabit.

Katanya, mangsa yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, parah dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Batang, Bagan Datuk untuk rawatan.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian dada kirinya.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Sumber: Berita Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com