Budak 10 Tahun Melecur Disyaki Mangsa Dera


GOMBAK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan melecur kedua-dua tangan dan bengkak kepala selepas disyaki didera.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi, mangsa dibawa oleh seorang wanita dipercayai kakak angkatnya ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Sumber polis berkata, mangsa dibawa dalam keadaan lemah sebelum menerima rawatan kecemasan di hospital terbabit.

"Mangsa dipercayai tinggal bersama keluarga angkatnya di Rawang.

"Doktor yang merawat mangsa mengesahkan kecederaan di badan mangsa bukan disebabkan kemalangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata pihaknya masih menunggu laporan perubatan bagi mengesahkan sama ada mangsa didera atau sebaliknya.

"Polis sudah mengambil keterangan doktor yang merawat mangsa dan masih menunggu laporan perubatan penuh.

"Siasatan akan dibuka sebaik polis mendapat laporan perubatan dan pengesahan daripada doktor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: BH

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com