Bila Azmin Kata PAN Tidak Amanah, Mat Sabu Pun Tersentak...


Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu (Mat Sabu) tentunya tercabar apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Ali menyifatkan PAN sebuah parti yang tidak amanah.

Kenyataan keras Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu bukan sahaja mengejutkan Mat Sabu, tetapi juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Amin nampaknya cukup berang beberapa hari  lalu apabila beliau dituduh oleh PAN Selangor sebagai 'badut' dan tidak layak memimpin Selangor.

Selangor adalah negeri sasaran Barisan Nasional (BN) dan PAS pada pilihan Raya Umum ke-14.
Perkelahian antara PAN dan PKR Selangor tentunya memberi kredit kepada kedua-dua parti itu.

Mat Sabu yang sebelum ini hanya 'tersenyum' apabila agihan kerusi yang diperolehi PAN secara tidak adil bagaimanapun tidak berani mempertahankan kenyataan pemimpin PAN Selangor.

Beliau sedar, jika memihak kepada PAN, peluang untuk menapak di Selangor untuk menggantikan PAS akan menjadi lebih sukar.

Mat Sabu  juga perlu menghormati sekutunya DAP yang membantu penubuhan parti itu.

Beliau hanya mengingatkan Pakatan Harapan mengadakan perbincangan  antara parti-parti dalam pakatan itu secara tertutup dan  mengelak daripada mengeluarkan kenyataan secara terbuka sama ada kepada media mahupun di media-media sosial.

"Biarlah semuanya diselesaikan secara dalaman di meja rundingan dengan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk Pakatan Harapan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azmin yang terlajak cakap kerana menuduh PAN tidak amanah pula sudah nampak berlembut dengan menyatakan rundingan pembahagian kerusi DUN di negeri itu akan diseleasikan secara musyawarah.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM juga mengakui sukar untuk menyatukan parti dalam pakatan harapan dalam isu pembahagian kerusi. PPBM sendiri tidak puas hati walaupun telah dapat kerusi parlimen terbanyak.

Namun pergaduhan antara PKR- PAN di Selangor mendedahkan kemelut sebenar dalam Pakatan Harapan yang cukup merisaukan Dr. Mahathir dalam misinya untuk menawan Putrajaya.

Ternyata Dr. Mahathir selaku pengemudi Pakatan juga sukar amat untuk mengawal parti-parti di dalam gabungan pembangkang itu.

PAN tidak lagi menghormati PKR, sekaligus tidak  menghormati Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com