Bersiar-Siar Sambil Kelar Tangan


KLUANG - Seorang pesakit mental berusia 26 tahun dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan kedua tangannya di sebuah pusat beli-belah di Kluang, Johor, 1.50 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, lelaki dikenali sebagai Tan Hong Sing sebelum itu dihantar bapanya ke pusat beli-belah itu untuk bersiar-siar.

“Polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan kejadian seorang lelaki mengelar tanggannya dengan pisau di aras tiga pusat beli-belah itu.

“Lelaki itu cedera di kedua-dua lengan namun masih sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khlasom Kluang dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Senjata yang digunakan adalah pisau dan milik suspek. Suspek masih ditahan di wad kecemasan untuk pemeriksaan pakar mental,” katanya.

Katanya, bapa suspek mengatakan anaknya pesakit mental dan pernah mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com