Bersediakah Rakyat Selangor Terima Mukhriz Ganti Azmin?


Bersediakah rakyat Selangor menerima Datuk Seri Mukhriz Dr. Mahathir Mohamad yang gagal semasa menjadi Menteri Besar Kedah diangkat sebagai Menteri  Besar negeri berkenaan?

Bahaimanapun bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku calon Perdana Menteri Pakatan Harapan belaiu sudah tentu  mempunyai percaturan sendiri jika Selangor kekal diperintah oleh pakatan pembangkang.

Kelmarin Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan Mukhriz selaku Timban Presiden PPBM  bertanding di negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Mungkin dalam perkiraaan Dr. Mahathir, jika pun beliau tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri Ke-7, sekurang-kurangnya Mukhriz boleh menerajui pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor.

Selangor adalah antara negeri terkaya di kalangan negeri dalam Malaysia.

Jika Dr. Mahathir boleh 'mengambil alih' jawatan bakal Perdana Menteri daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mustahil  beliau juga boleh mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk diberikan kepada Mukhriz.

Tentu ramai yang masih ingat, semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau melantik Exco Pemuda, Datuk Seri Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara Allhahyarham Tan Sri Datuk Ahmad Razali Mohd Ali, adik ipar Dr. Mahathir juga pernah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 1982.  

Mukhriz dikhabarkan tidak lagi akan bertanding di DUN Ayer Hitam Kedah pada PRU akan datang walaupun beliau dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Dalam politik serba kemungkinan boleh berlaku. Mukhriz juga sebelum ini tidak pernah dibayangkan akan menjadi Menteri Besar Kedah.

Tentunya ada tangan luar yang menunjukkan jalan itu atau cadangan itu .

Dr Mahathir pula kini meminta tempoh dua tahun untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menguasai Putrajaya.

Beliau juga memberitahu ada pelan A dan B jika Pakatan Harapan tidak berjaya didaftar.

Dr. Mahathir memberi alasan  pengalamannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri akan memberi kelebihan kepada beliau.

Selepas dicalon Perdana Menteri dan 'mengetuai' empat parti kompopen pembangkang, Dr. Mahathir  mempunyai berbagai rancangan jika beliau kembali berkuasa baik dalam politik mahu dalam kerajaan.  

Sementara itu langkah PPBM yang berkemungkinan meletakkan Mukhriz  sebagai calon di Selangor adalah usaha Dr Mahathir menjadikan anaknya Menteri Besar, kata bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha.

Bagi Norman, Dr Mahathir mungkin melihat peluang itu selepas berlaku situasi tegang ketika ini antara PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) membabitkan pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com