Bekas Exco Pemuda Gesa ROS Ambil Tindakan Terhadap PPBM


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) kerana didakwa lambat meluluskan proses  pendaftaran Pakatan Harapan.

Namun, ROS memberitahu pihaknya masih dalam proses menyiasat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana banyak aduan diterima daripada pemimpin dan ahli parti itu  yang  mendakwa mesyuarat agung tahunan (AGM) parti tidak ikut perlembagaan parti.

Mahathir dalam satu sidang media, mendakwa terdapat usaha pihak tertentu cuba mengagalkan pendaftaran Pakatan Harapan dengan ROS.

Malah bekas perdana menteri itu juga menyatakan rasa hairannya, mengenai surat aduan yang dihantar lebih 400 ahli PPBM kepada ROS yang mempertikaikan Mesyuarat Agung PPBM.  

Semalam pula beberapa bekas Exco Pemuda PPBM melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap ROS kerana masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap parti berkenaan yang didakwa melanggari perlembagaannya.

Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai bukti telah diserahkan kepada ROS sejak September 2017 tentang bagaimana PPBM tidak mematuhi perlembagaannya terutama melibatkan penubuhan sayap parti serta status mesyuarat agung tahunannya.

Beliau yang mewakili lebih 1,000 ahli PPBM sedia mengadakan bantahan beramai-ramai di ibu pejabat ROS jika tiada sebarang tindakan atau respon daripada jabatan itu dalam tempoh dua minggu akan datang.

"Kami mendesak dan mahukan penjelasan daripada ROS kenapa sampai hari ini tidak ada tindakan sedangkan Pengerusi PPBM sendiri ( Tun Dr. Mahathir Mohamad) dilaporkan berkata sebanyak 400 laporan telah dibuat berhubung permasalahan parti tersebut.

"Kami tidak faham mengapa tiada sebarang tindakan yang  diambil, kerana terdapat banyak ahli-ahli parti yang teraniaya," katanya dalam sidang akhbar.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ROS  menjalankan tugas secara profesional dan tidak mempunyai kapasiti dalam mana-mana organisasi politik pun- -Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com