Bayi Baharu Lahir Dijumpai DalamSemak Di Pulau Pinang


BALIK PULAU - Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan di dalam semak samun di tepi sebuah rumah di Lintang Nelayan Kuala Sungai Pinang, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 11.40 pagi tadi daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang menyatakan telah menjumpai bayi itu berbungkus  di dalam plastik hitam.

"Siasatan awal mendapati bayi seberat 1.9 kilogram itu dipercayai baharu  dilahirkan dalam keadaan sempurna bertali pusat.

Bayi lelaki itu telah selamat dibawa ke wad bersalin Hospital Balik Pulau, untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarangan maklumat berkenaan insiden itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com