Baru Je Pasang Tapi Gatal Tangan Rosakkan Tangga!


Rembau: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan kesal apabila tangga di puncak Gunung Datuk, di sini yang baru dipasang pada November tahun lalu, dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pengarahnya Salim Aman berkata, selain tangga’ beberapa batu di kawasan sekitar turut diconteng dengan pelbagai tulisan.

Katanya, tangga itu ditukar baru bagi menggantikan tangga yang lama dengan peruntukan RM70,000.

“Kita mahu memastikan keselesaan pengunjung ketika menikmati pemandangan di puncak gunung. Biarpun begitu, terdapat pihak ‘gatal tangan’ apabila merosakkan tangga terbabit,” katanya.

Salim berkata, perbuatan vandalisme itu tidak patut kerana kawasan riadah berkenaan turut dikunjungi pelancong luar negara.

“Ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif terhadap kita. Oleh demikian, pemantauan lebih kerap dijalankan selain penguatkuasaan yang lebih ketat,” katanya.

Menurutnya, mana-mana individu yang melakukan vandalisme itu boleh didakwa mengikut Akta Perhutanan 1984.

“Tangga baru ini dipasang berikutan jumlah pengunjung semakin meningkat. Kami berharap perbuatan sama tidak berulang dan memohon kerjasama masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, katanya, pihaknya menaik taraf kaunter di laluan gunung dengan peruntukan RM150,000.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com