Bagaimana Agihan Kerusi Pakatan Harapan Di Kedah?


SELEPAS terjadinya kekecohan di Negeri Sembilan, perang mulut di Selangor dan keengganan DAP dan PKR bertolak ansur di Pulau Pinang berhubung penggagihan kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN), ramai yang ternanti-nanti pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan di Kedah.

Kedah menjadi fokus kerana selain mahu dikuasai semula PAS, sementara parti dalam Pakatan Harapan - PAN, PPBM dan PKR masing-masing juga mahu menjadi teraju pentadbiran negeri selapas  PRU14.

Namun PPBM dikatakan mahu mendapatkan lebih banyak kerusi DUN, sekurangan-kurangannya 13 daripada parti lain dalam Pakatan Harapan. 

Pembahagian kerusi di Kedah juga menjadi tumpuan kerana negeri ini lahirnya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM serta calon pilihan untuk diangkat sebagai PM Ke -7 jika PH menang PRU akan datang.

Dalam pada itu  Kedah juga pernah ditadbir oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir selama dua tahun lebih selaku Menteri Besar. Mukhriz juga adalan Timbalan Presiden PPBM dan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang menjadi harapan Dr. Mahathir untuk menggantikan tempat beliau sebagai PM berikutnya. 

Oleh yang demikian pembahagian kawasan bagi 36 DUN dan 15 Parlimen Kedah pada  PRU14 akan memperlihatkan sejauh mana 'keadilan' Dr. Mahathir dan anaknya Mukhriz dalam menyusun kerusi bagi empat parti pembangkang yang berada di bawah satu 'selimut' itu.

Umum mengetahui, selepas PAS tidak bersama pakatan pembangkang selepas serik dibuli DAP dalam Pakatan Rakyat pada PRU13. 

PAS akan bertanding semua 15 Parlimen dan 36 DUN di Kedah kali ini.

Mana-mana kerusi yang ditandingi oleh BN dan PAS akan turut ditandingi oleh PAN, PPBM dan PKR pada PRU ini.

Dengan menguasai empat DUN dan empat Parlimen, PKR kini menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang di Kedah. PKR pada awalnya bercadang untuk bertanding 16 kerusi DUN berbanding 10 DUN pada PRU13.  

Persoalan yang berbangkit sekarang berapa kerusi sebenar yang akan ditandingi secara muktamad oleh PKR, PPBM dan PAN pada pilihan raya nanti. Apakah  akan berlaku rebutan kerusi juga seperti mana di negeri Sembilan, Selangor dan Palau Pinang?

Bersediakah PKR mengorbankan kerusi boleh dimenangi oleh parti itu kepada PPBM dan PAN agar ia menenuhi kehendak pimpinan Pakatan Harapan Pusat?

Walaupun DAP hanya memiliki dua DUN, parti itu berhasrat untuk mengambil DUN Gurun dan Kulim yang ditandingi oleh PKR sebelum ini. Kulim dijangka menjadi rebut antara PKR dan PPBM.

Itu juga tanda-tanda awal 'perebutan' kerusi di Kedah.

Namun pembahagian kerusi di kalangan empat parti PH di negeri ini hanya akan terjawab apabila Konvensyen PH peringkat negeri diadakan kelak.

Difahamkan pengagihan kerusi bagi Kedah akan diketahui esok selepas satu menyuarat diadakan di Kuala Lumpur.

Jika pembahagian sudah ditetapkan bila pula konvensyen itu hendak diadakan? Beranikah Dr. Mahathir mengadakan konvensyen di negeri tanpa mendapat keizinan  terlebih dahulu DAP? 

Walaupun memiliki kerusi yang sedikit, DAP juga mempunyai kuasa dalam mempengaruhi agihan kerusi di Kedah.

Ambil contoh di Pulau Pinang, walaupun beliau  Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir gagal  menyelesaikan pengagihan kerusi antara DAP, PKR, PPBM dan PAN bagi negeri itu kelmarin. 

Sekalipun dilihat lebih banyak bercakap tentang Pakatan,  Dr. Mahathir tidak memiliki kuasa penuh untuk menentukan kedudukan kerusi bagi parti dalam Pakatan. DAP sentiasa berada di belakang beliau bagi mengatur apa yang sepatutnya dilakukan. - Kedahnews.com.
  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com