Ayam Goreng Kapak Tikam Batu, Sungai Petani Tarik Perhatian Pengunjung


ALOR SETAR - Jika berkunjung ke sini, jangan lupa untuk singgah di Warung Malam Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, yang popular dengan menu ayam kapak goreng, ayam masak kicap, dan gulai kepala ikan nyok-nyok putih.

Pelanggan berbilang kaum turut sama menikmati keenakan masakan yang diusahakan sepasang suami isteri, Nazarudin Yahya, 42, dan isterinya Manizah Rejab, 35.

Warung yang dibuka bermula 9 malam sehingga 3 pagi itu telah menarik lebih 200 hingga 500 pelanggan setiap hari mengunjungi gerai yang terletak di Jalan Persekutuan berhampiran kawasan perindustrian Tikam Batu.






Semenjak dibuka 4 tahun lalu, warung yang cuti setiap Jumaat dan Sabtu ini juga menawarkan minum-minuman panas dan juga sejuk dengan harga RM1.

Bagi pelanggan Mohd Sani Din, menu ayam kapak goreng sememangnya memenuhi citarasa beliau kerana dihidangkan ketika masih panas dan rangup.

Pelanggan, Siti Najwa Azizan pula berpendapat ayam goreng yang disediakan bersaiz besar dan berpatutan dengan harga.

Selain itu, menu kari ikan dan ayam masak kicap adalah antara menu yang laris terjual di warung tersebut. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com